The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Kehidupan ;)
Sunday 30 June 2013 | 01:16 | 0 comments
Assalamualaikum 

Hi everyone. Hari ni hari ahad, 30/6/2013 genaplah 2 bulan aku menetap di college ini. College dr hamzaid yg tidak seberapa ini. Hati aku antara suka atau tidak,gembira atau tidak. Keliru berada di sini. 2 bulan,merupakan tepoh yang pada aku agak lama bila aku sedang melaluinya dan 2 bulan juga merupakan tempoh yang agak singkat bila aku sudah melaluinya. Macam-macam aku harungi dalam tempoh 2 bulan perjalanan hidup aku kat alpha. Sedih suka duka gaduh semua aku lalui di sini. Terlalu banyak cerita yang aku tidak sempat kongsikan bersama. Apa yang masih terpahat buat ketika ini,cuma kenangan indah bersama kawan-kawan sekelas dan kawan-kawan dari alpha. Buat classmates aku yang bernama mat,elias,isnandar,azam,syama,atikah,nini,ayumi,aien,ain,eyqa,fina,afiqah,ayu,syima,syida dan irene, aku harap korang jaga diri baik-baik bila korang da tak continue study dekat alpha. Ingat pesan abg deqa,belajar itu penting! Untuk korang yang sambung kat alpha,pun jaga diri baik-baik. Aku harap korang lupakan lah persengkitaan yang pernah berlaku jika kita pernah sama-sama salah faham sebelum ini. Untuk roomate aku zatie dan ida yang bakal meninggalkan alpha hari ini,shidah minta maaf wakil pihak eyqa dan pika sekali. Maaf andai ada terkasar bahasa dan menggangu korang bila selalu sangat bergaduh dengan eyqa. Maaf selalu buat korang risau bila shidah keluar sorang dan tak balik bilik,tak bals msge korang and taknak angkat call korang. Shidah minta maaf buat korang risau. Shidah memang suka bawa diri bila kusut. Shidah harap shidah boleh jumpa zatie and ida  lagi nanti. Zatie,lepasni mesti takde siapa nak urut kami bertiga lagi kan? Kiteorg syg sangat dekat zatie tahu tak? Jaga diri taw :( Macam-macam aku belajar dekat alpha. Tempoh 2 bulan terlalu singkat untuk aku mengenali hati budi masing-masing,tapi sekurang-kurangnya aku masih berkesempatan kenal mereka. Alhamdulillah. Bukan je aku sempat beljar bahasa inggeris dengan negro nigeria,tapi aku sempat juga belajar macam mana nak hidup berdikari. Aku sepi dekat sini,aku sunyi. Aku takde sesiapa dekat sini. Aku takde kawan baik. Aku takde kawan rapat. Aku kawan dengan semua orang. Aku baik dengan semua orang yang baik dengan aku. Tapi,aku ada rasa satu perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Lillah,perasaan ini susah sangat diungkapkan dengan kata-kata. Rasa yang amat perit yang buat aku suka menyindiri kat sini. Aku rasa suka sangat bersendirian kat sini bila perasaan itu datang dekat aku. Sedar atau tidak,aku sakit hadapi semua ni. Aku letih fikir kenapa aku pilih jalan ini. Aku letih uuntuk kecewa. Orang takkan faham apa aku rasa dan lalui. Orang lain takkan sempat pun nak tahu. Orang lain takkan berkesempatan nak tahu. Deras degupan jantung aku,macam tu lah deras airmata dalam hati aku sekarang. Aku penat dengan kehidupan aku sendiri Aku da tak larat nak hidup lebih jauh. Tapi aku mesti teruskan,aku tahu. Aku sendiri yang beria-ria menangis merayu-rayu untuk sambung belajar di alpha. Ni kehendak aku,aku kena buktikan yang aku juga boleh berjaya. Aku pun nak buktikan bukan akak je boleh diharap. Aku nak buktikan aku pun manusia yang ada hati dan perasaaan dan boleh buktikan yang aku juga boleh berjaya acam orang lain. Takde tempat lain yang istimewa macam alpha. Takde orang semulia abah yang rela tanggung semua membiayaan kami selama di alpha. Abah,abah lah orang paling mulia yang pernah saya jumpa. Dr hamzaid yahya,you're the only one the best abah for all of us here. Dia bg kami biasiswa,dia bayar gaji lect kami,dia bagi kami elaun,dia sara penghinapan kami,dia bagi kami duit bila kami habis duit,dia bagi kai enjoy buat sampai 4 concert,dia bagi kami elaun lagi bila sambung degree,dia bagi kami yuran percuma untuk degree,dia bagi kami macam-macam! Aku sayang abah,aku sayang alpha. Bermakna sungguh alpha buat aku sekarang. Sekarang,aku masih menunggu keputusan lab entah yang ke berapa puluh kali. Dari setahun yang lepas,sebok aku ke sini sana ulang alik ambil darah dekat hospital. Sampai lah sekarang,sampai aku kena bawa report card lama ke hospital seremban untuk lanjutan pemeriksaan sakit aku. Tapi percaya atau tidak,aku sendiri tak tahu aku ni sakit apa. Yang aku tahu,aku kekurangan darah yang teramat sangat. Bila ambil darah kali ke 2,badan aku tidak dapat terima dan automatik jadi lemah dan tidak berdaya. Muka akan pucat lesi,dan badan aku akan jadi kurang zat. Pemeriksaan kali kedua di hospital seremban dengan memberikan report crd dr hospital pontian membuatkan hati aku makin tak keruan. Result lab kedua cukup menampakkan bahawa penyakit aku semakin teruk. Membandingkan result pertama dan result ke dua buat aku faham apa yang bakal aku lalui. Tapi,doc masih tidak menimbulkan apa-apa isu. Dia hanya cakap result makin teruk,dia bagi ubat lebih,aku kena makan 8 biji sehari sampai cukup sebulan,if there nothing change,dia akan buat pemeriksaan dari awal sampai akhir untuk tahu kenapa semua ubat tu tak berkesan dalam tubuh badan aku. Aku taknak mati. Aku taknak mati!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku belum sedia untuk semua ni. Belum sedia ya Allah ;'( sejujurnya aku masih dalam dilema untuk beritahu keluarga aku pasal semua ni. Aku taknak dengar da orang bebal-bebal kat aku pasal aku tak makan ubat ke,nasi ke sayur ke,aku taknak dengar da semua tu. Aku taknak dengar apa-apa. Biar aku hidup sendiri,jauh dr semua org. Da tak tertahan lg apa yg aku rasa ni,cukup kot apa yg aku lalui sampai hariini. Aku da tknk cerita pjg2,semuanya buat aku rasa perit. bye

Older Post