The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Ukir senyuman walaupun sementara :')
Saturday, 7 January 2012 | 10:22 | 0 comments
Assalamualaikum .

Hye awek :) Hye stalker :) Hari ni i nak cerita pasal kejadian ptg td . Semalam , sebelum i . Eh kejap . Macam ralat naa la aku nak update BER i-i bagai . Grr , geli . Okay continue , semalam sebelum aku update post yang ke-2 dalam hari yang sama , aku baca dulu blog dia . Dia cakap , dia nak happy and tinggalkan kesedihan bagai . Dia cakap taknak cerita pasal aku lagi la ape la sebab aku tak bagi dia balek kau aku . Urm . Kalau da dia yang declare sendiri , takkan aku tak angin . Then dia ckp ngan org lain , aku yang tinggalkan dia and taknak dia . Da terang-terang ade bukti kan . Tu pun , nak nafikan lagi . Entah lah . Dari dulu , ape-ape terjadi , org lain yg akan nasihat kita mesti dgn perkataan " S.A.B.A.R " . Betul tak iera ? Haha . Aku tak nafikan , memang perkataan tu je sesuai untuk kembali kan emosi seseorang supaya menjadi lebih tenang tapi , kuat and mampu ke org tu nak sabar dgn dugaan yang dia lalui ? Tuhan lagi tahu segala-galanya . Tuhan yang berhak menghukum hambaNya . Untuk dia yang pernah aku cintai , aku minx maaf pasal post-post sebelum nih . Itu semua masa aku marah . Pada siapa lagi aku nak mengadu domba ? Kalau kau anggap aku mengaibkan kau , aku tak marah . Tapi , kau kena lah mengaku yang sebelum nih kau pun buat benda yang sama macam aku . Aibkan aku kat blog , siap mention full name aku . Ape motif kau ? Kalau dulu , kau cakap , kau curang , berkali-kali sebab nak mengaja aku hormat kau , kau rasa benda tu semua membantu ke ? Hati aku pulih ke hati aku makin terluka ? Kalau sekarang , aku cakap aku buat macam haritu semua sebab aku nak mengaja kau untuk lebih hormat kepada kaum Hawa mcm aku , kau bole terima ? Hati kau pulih ke hati kau makin terluka ? Fikirkan sayang :) Aku bole sgt ckp baek-baek dgn kau , cakap molek-molek and lebih hormat dekat kau . Tapi , mcm mana cara layanan kau kat aku ? Aku bukan nak bezakan sgt , tapi tak semestinya kau lelaki , kau memimpin , kau bole buat aku mcm tu ,tapi bila kau kena kat batang hidung kau , kau takbole terima semua tu . Belajar la untuk lebih adil dan tidak bersikap keanak-anakkan . Fikirkan hubungan kita 10 tahun lagi . Bukan 1 tahun lagi . K kawan , sambung lagi . Lepas aku baca blog dia cakap mcm tu semua , dia cakap dia nak pegy mandi-mandi dgn kengkawan . Oh rupanya bukan untuk aku je pengorbanan dia tu , untuk kawan-kawan :) Hari tu keluar dgn aku , hantar aku balek dgn perut kosong sama mcm mana time keluar . Tapi , demi kawan-kawan , bole support kawan-kawan makan . Chicken chop . Sedapnya . Untungnya jadi kawan-kawan daripada jadi RASHIDAH BINTI KHALID . Takpe la shidah , sabar la . Ehh , sabar lagii ? Huhu . Lepas tahu dia nak enjoy untuk lupakan aku , aku pun bbm kawan aku cakap bawak aku jenjalan . Then , petang tadi , plan punya plan , lepas aku balek gotong royong , kononnya kiteorg nak pegy JPO la kann . Tapi , keadaan tak mengizinkan . Dalam kul 2 , aku cakap mak aku . Minx izin , mak aku bagi tapi dia suruh aku double comfirm dgn ayah aku .  Aku pun call lah ayah aku . Ayah aku bagi , tapi nada suara dia lain sangat-sangat taw . Macam tak merelakan aku pegy lepas aku cakap " pegy dgn budak yg duduk dekat ########## " . Dalam 15 minit , ayah aku balek . Aku duduk dalam bilik time tu . Dia g bilik cakap 'tak payah la pegy . ayah sebersalah lah . budak tu kan #########' . Okay , aku bangun , tutup pintu , amek bantal peluk , amek bantal lagi satu tutup muka , terus menangis . Kenapa ? Salah ke ? Iyelah aku tahu kawan-kawan aku semua jahat . Semua kejam . Tapi , kalau aku nih jahat , da lama aku ikut dorang . Aku just nak lupakan semua masalah aku macam dia . Bersuka ria . Kenapa aku tak bole ! Aku tertido setelah sekian lama aku menangis . Magrib baru aku bangun,tu pun sebab ayah aku kejut . Kalau bole , aku terus nak tido . Urmm , ayah aku bising aku tak makan dari pagi . Aku bangun , mandi , tapi aku still taknak makan . Ayah and mak aku nampak mata aku sembab . Mungkin ayah aku rasa sebersalah pasal petang tadi,dia terus cakap "ayah belikan kau sotong goreng tepung eh?" . Aku angguk . Aku masuk tandas and terus menangis balek . Grr , aku rasa sedih sgt-sgt . Aku taktahu la kenapa . Hari tu , time aku tgh belajar , aku nampak mak aku tido , aku tgk muka dia , terus aku menangis . Aku byk hampakan kedua ibu bapa aku . Tapi harini , aku mcm sebole-bole nak keluar release tension kononnya . Tapi tak dapat , aku terus macam kurungkan diri aku . Ya Allah , pedih sgt hati aku time tu . Sakit sgt hati aku nih bila ingat apa dia cakap kat blog . Kawan yang dia enjoy bersama tu , kawan baek yang aku tak pernah langsung ganggu hubungan akrab mereka tu taw . Tapi , mana kawan-kawan baek aku ? Mana dorang ? Dah la shidah , hentikan semua angan-angan nih . Dah lama aku tak ade kawan-kawan sebaik kawan-kawan aku yang dulu . Kawan-kawan yang risau akan aku bila aku gadoh dgn buah hati aku , dorang takut aku cedera kan diri aku sampai dorang sangup pegy rumah aku dan pastikan aku baik-baik shj . Kawan-kawan yang menangis tengok aku meraung kerana terlalu terluka mencintai seseorang yang tak pernah menghargai cinta aku . Kawan-kawan yang banyak menggembirakan aku . Ya Allah , kami bergaduh teruk sampai segala perkataan keluar dari mulut kami . Gara-gara mulut "si dia" , kami bergaduh dan hubungan kami takkan pernah pulih . Maaf , aku bukan nak mengaibkan kau , tapi kau tgk tak ape yg da jd pd aku ? Ada kau rase sebersalah ? Kau bersenang lenang dgn kawan-kawan kau . Tapi aku ? Aku tak ada kawan-kawan yang aku pernah anggap sebagai akak-akak aku sendiri ! Rumah siapa aku nak pegy lepas aku gaduh ngn kau ? No siapa aku nak call lepas aku break ngn kau ? Bahu siapa aku nak sandar lepas kau tinggalkan aku ? Badan siapa aku nak peluk lepas kau buang aku ? Telinga siapa sudi mendengar cerita aku lepas kau pergi ? Walaupun aku berniat untuk tidak memafkan semua kawan-kawan aku yang da aibkan aku kat fb dorang secara PUBLIC , aku tetap maafkan kau and terima kau balek sayang . Aku tak pernah rosakkan hubungan kau ngn kawan-kawan kau walaupun aku kehilangan segala-galanya . Semua org bercakap pasal aku , semua org mencaci aku , semua org menghina aku . Mulut aku ke yang membuat segala fitnah tu ? Siapa ? Kau bole fikir . Tapi , sedikit pun aku tak cakap kau yang fitnah , sedikit pun aku tak cakap kau yang saje nak keruhkan semuanya . Sedikit pun tidak ! Sekarang , apa aku ade ? Ye , aku tahu , tipu kalau aku cakap aku takde kawan langsung ! Tapi , sama ke kawan-kawan aku sekarang dgn kawan-kawan yang aku da kenal hati budi mereka ? Mereka menangis demi aku ! Mereka berkorban demi aku . Mereka la segala-galanya untuk aku dulu . Tapi . Hurmm . Tidak lagi sekarang :/ Sekarang , mereka anggap aku nih bodoh sebab lebih memilih lelaki dari kawan yang tidak mungkin dapat menggembirakan aku seperti dulu . Aku mengaku , aku tersilap . Akuu salah . Tapi , aku tak sia-sia kan segalanya . Hampir 2 tahun kan hubungan kita ? Pahit tu semua aku rela telan walaupun aku dikencam teruk oleh keluarga mereka yang selalu menganggap aku nih anak dorang . Ya Allah , kejamnya aku . Aku harap aku tak sia-sia membuat pilihan setelah pelbagai onak duri yang aku harungi seorang diri . Allah maha kuasa dan aku harap , kebahagiaan milik aku suatu hari nanti walaupun aku terpaksa kehilangan kawan-kawan aku . Aku akui ini mungkin hukuman bagi aku . Ini dugaan yang berat bagi aku . Aku harap semuanya ada hikmah . Aku akan terus menjadi diri aku yang sentiasa tersenyum untuk orang lain supaya satu hari nanti , aku akan sentiasa mengukir senyuman di bibir aku dgn penuh ikhlas kerana kebahagiaan yang tidak ternilai dan sentiasa berkekalan itu . InsyaALLAH :)Kalau kau dapat baca blog aku yang aku da tukar link nih , aku da maafkan kau , terpulang la pada kau nak balik and kutip aku balek atau tidak :) Tadi aku tertanya-tanya mana kau , kenapa tak update blog , kenapa tak update status . Rupanya tadi mandi mandi dgn amoi dgn ain eah :) Hihi bestnya :') Okay lah , senyum , SABAR :) Apa pun terjadi , aku sedar aku pun ada salah and aku tahu aku tak mcm apa yang kau nak . Maafkan aku sebab aku tidak sesempurna orang lain :') Macam mana pun kau , buruk mana pun kau , gemuk mana pun kau , kau tak pernah merubah tempat kau dalam hati aku :) I love you so much :) 

* THE END * THANK YOU FOR READING *

Older Post | Newer Post