The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Semoga kau tahu :)
Saturday, 3 March 2012 | 23:21 | 0 comments

Assalamualaikum .

Harini post blog aku TOTALLY 100% ditujukan untuk kau MFMM . Banyak benda aku rase sejak akhir-akhir ni . Banyak benda jugak aku harap dapat kita selesaikan sebab kau pun tahu kita tak kan berhenti berbalah walaupun masanya hampir tiba dekat dengan kita . Ada je benda yang boleh buat kita bergaduh dan tak berhenti bersengketa . Kau perasan tak ? Aku rase kau pun rase ape yang aku rase . And , mesti kau pun ade rase "tawar hati" dengan hubungan kite ni kan ? Jangan cuba tipu aku . Dari cara kau layan aku , kau perlakukan aku , kau tengok aku , semuanya serba-serbi buat aku percaya yang kau pun rase benda yang sama . Tapi , kau tahu kenapa kita ditakdirkan untuk rase semua ni sedangkan kita lah orang yang paling bahagia setahun yang lepas . Sikap berdendam dan mengaja seseorang supaya menghargai kau dengan cara kau curang and menduakan hubungan tu sedikit pun takkan pernah mampu merubah segalanya sayang :) malah ia lah yang merosakkan segala kegembiraan . Aku tahu , aku sedar aku juga pernah buat salah kat kau . Aku pernah contact someone yang aku pernah mencintai dia . Tapi , boleh kau cakap kat aku , berapa kali aku contact dia ? Jumpa ke aku dengan dia ? Ade aku lepak-lepak dgn dia jenjalan pusing-pusing ? Kalau nak aku luahkan segalanya , aku tahu and aku yakin kau takkan pernah mengaku semuanya and kau takkan sedar tu semua . Harini , kau cakap kau taknak ade pape and kau nak cari pengganti aku . Aku nak sangat contact kau and minta maaf supaya kau tarik balik semua kata-kata kau tu . Hubungan kita terlalu banyak ujian dan onak duri sampai buat hati kita tawar sesama sendiri , tapi entah kenapa sayang aku , cinta aku dalam hati ni masih milik kau . Perasaan cemburu aku masih pada siapa yang mengganggu hubungan kita . Tapi , aku rase aku akan bawa padah pada diri aku sendiri dan aku rase kita takkan berbaik dan bahagia macam dulu walaupun aku minta maaf and minta kau ubah segalanya if aku buat macam tu tadi . Tangan aku da siap nak balas text kau , tapi hati aku berat nak buat semua tu . Sekarang , kita saling gaduh , kita saling menyalahkan sesama sendiri , kita saling benci-membenci , kita saling berbalah , sampai bila kita mampu mempertahankan semua ni ? Usia perhubungan kita yang sudah terlalu banyak ujian ni akan genap 2 tahun 21 march 2012 ni , tapi kita akan berhenti setakat di sini atau selepas kita menggenapkan usia hubungan ni ? Seriously , aku tak pernah berharap supaya kita bahagia macam dulu . Tapi , kita tak pernah boleh hargai masa kita dengan berbincang dari A sampai Z . Kenapa erk ? Banyak salah datang dari aku mungkin . Sampai aku kena hadapi semua ni . Aku harap kalau betul kau akan pergi selamanya dari aku harini dan dapat pengganti aku sepantas kilat , kau takkan menyalahkan orang lain atas kesalahan kau sendiri . Jangan aja dia homat kau dengan cara kau curang . Jangan tangan-tangankan orang perempuan walau macamana pun dia kurang aja dengan kau . Jangan pernah ade niat mempermainkan hati dan perasaan dia untuk kau melupakan segala kenangan pahit kau yang lama . Hari ni aku mula sedar , hati kau , sayang kau , cinta kau , segala-galanya bukan untuk aku . Tapi , semoga kau tahu hati aku , sayang aku , cinta aku dan segala-galanya tentang aku adalah untuk kau . Harapan tinggal harapan . Kenangan tinggal kenangan . Segala-galanya terjadi kerana kita dan segala-galanya juga musnah kerana kita . Semoga kau berbahagia :) AMIN .

* THE END * THANK YOU FOR READING *

Older Post | Newer Post