The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Keikhlasan .
Monday, 16 April 2012 | 08:01 | 0 comments
Assalamualaikum .

Hi semua , sehat ? Hope korang sehat :) Lepas beberapa hari aku mendiam kan diri tak meluahkan perasaan di blog , hari ni baru aku update . Kenapa erk ? Sebab rasanya aku takde kawan yang boleh benar-benar mengerti perasaan dan hati aku . Mungkin aku ade orang yang aku sayang . Tapi kalau aku belum benar-benar dapat menakluki hatinya kembali , siapa lah aku di sisi dia kan . Semuanya memang salah aku dan inilah apa yangaku harus terima . Segalanya cukup pahit sehinggakan airmata yang berlinangan yang sentiasa menemani malam-malam sepi ku . Nak di kata terasa hati , mungkin dia lagi terasa . Nak di kata sakit hati , mungkin dia lagi sakit . Nak di kata sedih , mungkin dia lagi sedih . Segalanya yang aku rasa sekarang , semuanya mungkin lebih menyakitkan dia . Anggap lah bahawa kesalahan aku memang sudah tidak boleh di terima lagi . Untuk apa berkata banyak membantah dan bertikam lidah untuk membela diri sendiri jika sudah tahu semua itu akan membuat dia makin betambah hangat dan akan membuat dia pergi semakin jauh dari realiti kehidupan aku ? Walaupun semua ini aku terima dengan hati yang berat , aku tahu mungkin segalanya hanya untuk menguji aku , kesabaran dan kematangan aku . Kadangkala , terlebih emosi juga mampu membuat segalanya rosak , sama persis seperti yang di katakan dia . Kepedihan ini bukan akan aku rasai kelmarin , semalam dan hari ini , tapi aku yakin jika esok lusa tulat walau sekecil mana pun kesilapan langkah yang aku ambil ,semuanya akan benar-benar menjejaskan hati dan perasaan aku ! Kepedihan tersebut akan terus aku rasai jika aku salah membuat keputusan dan berpijak dengan langkah yang tidak berjaga-jaga . Kesedaran seseorang hanya mampu dirasai dan disedari oleh dirinya sendiri , bukan orang lain . Kenapa ? Semuanya telah sangat-sangat berubah kini ! Terasa bagai semuanya palsu belaka buat aku . Tapi , itu yang aku kejarkan , itu yang aku mahukan , mahu atau tidak , perit atau tidak , semuanya aku terpaksa terima dengan penuh keikhlasan kerana cinta aku , sayang aku , hati aku dan permintaan maaf aku segalanya adalah ikhlas dari lubuk hati . Mungkin ini karma buat aku . Karma orang lain bukan di tangan aku , bukan dari aku . Mungkin ada pepatah yang sering mengatakan bahawa kejahatan di balas kejahatan . Kesakitan dibalas kesakitan . Ada juga yang sering berkata bahawa segalanya yang terjadi pasti ada balasannya tidak kira di dunia mahupun akhirat . Tapi semua kesalahannya pada aku mungkin tidak akan di balas di dunia oleh aku kini . Walau menitis airmata darah sekali pun aku merayu dan memohon kemaafan yang ikhlas dari hatinya tanpa pembalasan , semuanya tidak mungkin akan berlaku . Jujurnya , hati aku hampa . Hati aku menangis . Mungkin dengan pemergian aku daripada dunia ini mampu melenyapkan segalanya . Aku harap semuanya akan berhenti , aku harap kesedihan dan kepedihan hati aku akan terhenti tatkala hati dan jasad yang mati dan tidak akan hidup kembali . Semoga suatu saat nanti Tuhan temukan kita di alam barzakh . AMIN :)

* THE END * THANK YOU FOR READING *

Older Post | Newer Post