The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

R.A.P.U.H
Sunday, 8 April 2012 | 10:09 | 0 comments

Assalamualaikum .

Hi semua :) Hari ini , aku dalam kegelapan mencari-cari sinar untuk menyinari hidup ku . Terasa sunyi sepi menyelubungi semenjak dia tidak lagi menyinari hari-hari ku . Mungkin salah aku . Tapi , besar sangat ke salah aku sampai macam ni lagi dia memperlakukan aku ? Ahh takpe laa , dari raut wajah , renungan dia , aku dapat rasakan , satu perasaan yang aku pernah rasakan dulu . Tetapi perasaan ini agak beza sedikit .Walaupun dia marah-marah aku , tengking-tengking , maki hamun aku , aku tak kata apa pun sebab dalam hati aku ade 1 perkataan istimewa yang tak terucap untuk dia " Rindu " . Tak sampai berapa minit bergelimpangan di tepi jalan berentap mulut kerana masalah kami , aku kejar dia sebab aku ingat dia da sampai area rumah aku nak jenguk rumah aku , tahu-tahu je dia pun otw pergi tempat aku . Aku macam tak dapat lari dari perasaan aku tadi , tapi aku tak ucapkan apa-apa pun untuk dia sebab semua kata-kata dia amat menyakitkan hati aku . Tiba-tiba , aku ketawa ketawa dan ketawa . Aku tengok muka dia , hmmm seriousnya dia . Rupanya kelainan yang aku rasa ialah , hati dia , cinta dia , sayang dia , perhatian dia , BUKAN LAGI UNTUK AKU . Aku patut sedar kenapa dia gunakan alasan yang kecil untuk menjauhkan diri dia dari hubungan ni dari awal . Tapi kenapa aku tak pernah sedar yang selama ni , aku da terlalu banyak mengalah dan bekorban . Ya Allah , sesungguhnya engkau maha mengetahui segalanya . Jika aku yang bersalah sehingga hubungan kami jadi sebegini , kau hukum la aku . Kau jodohkan la aku dengan orang yang selalu melakukan kesalahan dalam perhubungan seperti aku . Tetapi jika dia yang bersalah dalam hubungan kami sehinggan hubungan kami jadi sebegini , maafkan lah dia . Berikan lah dia jodoh sebaik-baiknya supaya dia boleh belajar menghargai pengorbanan seseorang untuk dirinya . Apa yang sudah dia lakukan selama hubungan kami terjalin memang amat menyakitkan . Semuanya menjadi abu kerana kemaafan yang mudah di ucapkan oleh aku tatkala mendengar sayu-sayu suaranya yang memohon kemaafan dan peluang untuk memperbaiki hubungan ini . Yaa , setiap orang tak lari dari kesilapan . Tapi , tidak semua orang mampu melupakan keperitan dari semua kemaafan yang di ucapkannya . Kadangkala , cinta dan sayang mempengaruhi segalanya . Perit , sakit , pedih macam mana pun seseorang tu lalui , oleh kerana sayang dan cinta yang menebal , dia sanggup memberi kemaafan walaupun lebih dari yang sepatutnya . Hebatnya cinta :) Tapi . . . Itu semua cinta di awal perkenalan . Semuanya indah , semuanya manis . Masih segar di ingatan , pertemuan pertama kami . Keluarga aku yang sebok menolong makcikpakcik aku mengurus perkahwinan anaknya di singapura menyebabkan aku keseorangan di rumah kerana aku akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut (2010) . Sebelum hari tu , aku da janji dengan dia nak jumpa dia . Kami saling berhubung . Siapa sangka , seorang jejaka yang aku minat , akan keluar dengan aku . Wahhhh , berdebarnya hati . *** mengimbas zaman sekolah sewaktu aku tingkatan 4(2009) , dia tingkatan 5 . Di perhimpunan , dia selalu berjaya mencuri perhatian aku sebab dia selalu datang sekolah lambat . Haha . Dari jauh , aku tengok wajah dia , susuk tubuhnya , keangkuhan rupa parasnya , amat menarik perhatian aku ! Dari wajah sombong dia , angkuh dia , aku minat dengan dia . *** Tak pernah aku sangka yang satu hari nanti aku dapat berkawan dengan dia apatah lagi menjalin kan hubungan istimewa bersama dia . Ya Allah , indahnya perkenalan tersebut . 20 march 2010 : Tiba saat kami berjumpa . Dia ambil aku kat rumah . Aku langsung tak perasan dia da sampai depan rumah . Tiba-tiba dia cakap da sampai . Err bedebarnya rasa . Terus aku melonjak-lonjak sambil masuk bilik , keluar bilik , masuk dapur , keluar dapur . Grrrrrr sumpah aku gementar , aku nak jumpa orang yang aku MINAT weiiiiii . Haha aku punya takut tambah terselah bila aku text dia balik and cakap " kejap eaa , kunci rumah hilang " Hehe padahal ade je atas meja . Bila dia text cakap " kalau taknak ikut , aku pergi terus " . Pehh berhenti jap jantung aku . Terus je aku keluar rumah cepat-cepat . Tisu yang da hancur masih dalam gengaman aku . Masuk kereta , duduk belakang sebab dia bawak mirul ( adek dia ) . Berbual-bual , tapi aku banyak senyap , sebab aku malu :3 hahaha awal perkenalan kann , biasalahh . Lepas hantar mirul , kiteorg pergi tempat lain . Dia bawak aku jalan-jalan makan angin air-cond shopping complex . Thenn dia makan , aku tak makan ,Diet kononnya , padahal MALU . Taktahu pulak aku lapar gilaaaa time tu haha . Lepas mirul balik tusyen , kiteorg tgk movie . Semerah cinta stelleto . Masih segar dalam ingatan :) Semuanya indah berlaka . 3 kali dia makan depan aku , 3 kali tu la aku makan angin atau makan ringan jee . Bestnyaaa time tu , indah sgt . Malam tu , takbole tidur . Sebok senyum sorang-sorang macam org gila . Haha . Bila cerita pasal ni semua , teringat aku peristiwa petang tadi . Walau macam mana pun kau maki aku , aku tak nafikan semuanya amat menyakitkan hati aku , tapi dalam hati aku ,dalam dada aku , tak berhenti mengatakan yang aku rindukan kau sangat-sangat . Minta maaf kerana perbuatan aku yang melampau baling phone kau kat dinding sampai berkecai . Puas rasanya hati aku bila nampak cermin phone tu pecah depan mata . Tersentap hati aku dengan apa yang berlaku . Aku korban kan semua , aku cuba bantu kau sedaya upaya minggu lepas , tapi ini balasan kau minggu ni ? Ya Allah , mengalir air mata aku bila sebok kejar kau 1 bandar dengan tak bawak IC dengan Lesen tadi . Dengan kawan-kawan yang menyaksikan drama kat taman indah tu lagi , malunya aku dengan dorang :( Sampai je rumah kau , aku rasa macam nak menjerit , meronta lepaskan perasaan sakit hati aku pada kau . Aku faham , cinta kau bukan lagi untuk aku . Aku dapat rasakan semuanya , tapi jangan jadikan aku tak dapat teman kau sepanjang masa sebagai alasan kau tinggalkan aku . Aku tak dapat terima semua alasan tu . Aku harap satu hari Allah dapat buka mata kau , hati kau , untuk seseorang yang sentiasa tunggu perubahan kau walaupun akhirnya , semuanya terlambat . Akhirat masih ada , aku masih akan tetap menunggu perubahan kau sampai dunia akhirat , insyaAllah . Jika hati kau masih untuk aku , buka la sedikit ruang supaya ia bernafas . Jangan cuba mengatur pejalanan hidup sebab semuanya kerja Allah . Berdoalah kepadaNya . Susah senang hidup kau , Allah yang tentukan , bukan aku . Hrap kau dapat maafkan semua keterlanjuran kata-kata aku selama kita bersama . Hari ini , sayang aku , cinta aku , kenangan kita , dan segala-galanya tentang kita rapuh sekadar di sini . Semoga ada sinar yang sentiasa menyinari hubungan kita jika ianya gelap kembali . Suluhkan cahayamu buat hubungan itu :)


* THE END * THANK YOU FOR READING *


Older Post | Newer Post