The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Pergi .
Thursday, 31 May 2012 | 22:59 | 0 comments



Assalamualaikum .

Bila baj update blog , aku cuba untuk tidak langsung bercakap tentang kau . Tapi maaf , aku perlu jelaskan semuanya agar kau faham . Aku pergi bukan sebab aku tinggal kau orang yang aku sayang untuk orang yang aku suka . Siapa yang kau da maksudkan ? Aku takde suka siapa-siapa . Tapi maaf sekali lagi , aku rasa aku perlu sangat pergi jauh dari kau . Aku tak sanggup kena tuduh , kena maki dan kena caci lagi . Kalau aku menjadi punca utama kau dapat pointer yang sangat lemah tu , maafkan aku . Kali ni , pemergian aku akan buat kau belajar lebih giat dan dapat pointer yang lebih banyak k :) Belajar lah selagi kau boleh belajar sebab bagi aku , dimata aku sebagai seorang perempuan , aku mahukan lelaki yang berkejaya . Walaupun wang ringgit boleh di cari , tapi kita kena faham ini dunia . Dunia memerlukan duit untuk hidup , takkan ada siapa sudi tolong kita bila kita takde duit and takbole nak teruskan hidup . Untuk menjadi seorang yang berkejaya , seseorang itu perlulah berpendidikan yang tinggi supaya masa hadapannya cerah . Lelaki takkan ada pape untuk di banggakan jika dia tidak berpelajaran . Hari ini , aku sayu baca nukilan blog kau . Aku tak tahu kenapa hati aku jadi teringat-ingat semuanya . Tapi , kau kena faham , semuanya amat perit bagi aku . Macam-macam aku rasa . Kalau aku jadi isteri kau , macam mana pulak kau perlakukan aku ? Kalau kau curang , apa pulak yang akan aku lakukan pada kau ? Aku sakit bila orang yang aku sayang mengkhianati cinta aku . Aku macam tak percaya yang kau ingat lagi pasal semua ni sebab biasanya kau lah orang pertama yang akan lupakans emua ni dan terus pergi dari aku . Kali ni lain pulak kan . Pengalaman mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang . Dan pengalaman itu juga membuat aku nekad melangkah pergi dari kau . Ya , hati aku masih sayang kat kau , ingat kat kau sedikit demi sedikit tapi , duka yang kau berikan menutupi kembali semua perasaan itu . Kali ini , aku tinggalkan kau , aku lupakan semua , dan aku sedang mencari kebahagiaan . Kali ini , aku berdiri sendiri melangkah pergi dari orang yang aku sayang untuk meneruskan hidup . Aku sendiri . Kenangan kita 2 tahun 2 bulan memang lebih daripada kenangan aku seumur hidup , memang lebih ! Tapi , bahagiakah kita tanpa restu keluarga ? Mungkin , aku tidak sebaik bekas kekasih kau . Sopan , baik , lembut , cantik , pandai , solehah , sempurnaa kann ? Aku tak dapat memenuhi semua ciri-ciri itu , maafkan aku . Aku tak pernah malu dengan kau , aku terima kau seadaanya . Malah , aku selalu bangga dengan apa yang aku ada . Walaupun rupa paras tak penting , aku masih berbangga dengan apa yang aku ada , aku ada kau , kau selalu hantar ambik aku ke sekolah , orang lain takde , tapi aku ada . Di sebaliknya , aku sedih ! Aku tak sanggup nak cerita dengan semua orang sebaliknya , itu hanya jika aku baik dengan kau ! Aku tak sanggup nak cakap , walaupun kita kelihatan sangat bahagia , aku sangat terluka ! Ya Allah , semuanya perit bagi aku ! Perit ! Namun aku tidak pernah bersuara meluahkan semuanya sebab aku tahu , kau akan selalu menang dan aku lah yang akan selalu kalah . Pemergian kau hari ini juga akan menguatkan semuanya . Kau akan lupakan aku ,dan semua kenangan kita . Selamat berjuang untuk hidup kau ye sayang :) Aku kat sini akan doakan kesihatan , kebahagiaan dan segalanya untuk kehidupan kau yang lebih baik tanpa aku sayang . Maafkan aku selama  ni hadir dan mengganggu hidup kau . Kita takkkan mungkin bersatu lagi sayang , kerana saat ini , kita betul-betul sudah berpisah dan di sini lah titik nokhtar hubungan kita . Hubungan yang memberi 1001 kenangan manis dan pahit , suka dan duka . Maafkan aku jika aku terpaksa beritahu kau yang aku sudah bertemu dia , atau selebihnya . Maafkan aku . Jadi , binalah kehidupan baru kau . Tanpa aku . Semuanya persis seperti yang kau kehendaki . Aku pergi dan melangkah jauh tanpa menoleh ke belakang , "berambus" seperti yang kau nak . Ya , orang jijik dan hina ni sedang sedaya upaya untuk pergi lebih jauh meninggalkan kau walaupun kini sedikit demi sedikit kenangan lama itu menghampiri dan mengganggu aku . Semuanya akan baik-baik . Doakan aku juga k . Kebahagiaan aku , masa depan aku dan segala-galanya . Sejak aku pergi , aku semakin dekat dengan kawan-kawan aku . Aku makin sayang mereka . Aku makin tahu mengenali apa erti persahabatan . Hanya ALLAH yang sesungguhnya dapat memafkan khilaf aku meninggalkan kawan lama aku . Sesungguhnya aku rindu mereka sangat-sangat . Tapi mereka dah pergi , mereka dah tinggalkan aku dan mereka sudah tidak mengaku aku kawan mereka . Takpe , semua salah aku . Meninggalkan mereka untuk kau . Kali ini , aku taknak buat silap . Aku taknak tinggalkan kawan-kawan aku untuk orang lain sebab mereka tak pernah sekali pun meninggalkan aku ! Tak pernah ! Maafkan akuuuuuuuuuu . Semuanya aku lakukan untuk mengubati luka hati aku 

* THE END * THANK YOU FOR READING *

Older Post | Newer Post