Cahaya kehidupan :)
Thursday, 5 July 2012 | 07:23 | 0 comments
Assalamualaikum .
Hi semua :) Terasa lama sangat aku tak update blog. Alaa lagipun bill broadband aku baru bayar. Kalau bb boleh update blog,da lama aku update,hehe. Rindu sgt kat korang. Cehh mcm tahu je korang baca or tak blog ni kan hehe. Hmm alhamdulillah so far hidup aku makin baik dari hari-hari sebelumnya. InsyaAllah,Allah akan selalu beri aku kekuatan untuk teruskan kehidupan ni. Mmg kadang-kadang sesuatu kenyataan yang kita harus terima tu perit,tapi percayalah,jika kita kuat hari ini,ia akan jadi kekuatan kita pada hari esok. Airmata merupakan sesuatu kelemahan kan? Tapi dari sudut lain,ia amat membantu. Ia dpt sedikit sebanyak melepaskan rasa sedih seseorang itu walaupun dia hanya bersendirian. Menangis la selagi ia mampu membantu korang utk meluahkan sesuatu itu apabila bersendirian. Yela,korang kena faham,tak semua org sukakan kita. Tak semua org boleh faham kita. Jgn terlalu cpt percaya dan berharap pd seseorang. Tak kesah la kita da lama kenal dia or baru kenal,manusia ni kalau nak berubah,sekelip mata je :) Selama hari ini,aku bersyukur walaupun banyak sangat halangan dan rintangan yang aku lalui,aku mampu lagi berdiri teguh walaupun aku hanya sendiri. Semua dugaan hari semalam membuat aku kuat hari ini. Mungkin,banyak lagi yang lebih sengsara dan menderita dari kita,jangan pernah fikir kita yang paling menderita kat dunia ni taw. Allah takkan melimpahkan umatNya ujian jika dia tahu umatNya tidak mampu menghadapi ujianNya. Jadi,redha lah dgn apa yang bakal terjadi pada hari esok. Hmm susah nak di ramalkan apa yang bakal berlaku kan. Kadang-kadang rasa penat sangat hidup ni bila hari-hari kita kena berpura-pura hidup dengan penuh kegembiraan. Tapi insyaAllah,suatu hari kebahagiaan akan menjelma :) Hmm,aku nak cakap siket ni kat someone,mungkin aku tak sempat nk ckp dgn dia kt phone semua. Fad,aku minta maaf buat macam tu. Yes i still love love,but as friend. Hati aku da hancur sangat-sangat. Mmg,kadang-kadang tu ada perasaan nak get back dgn kau semua,tp percayalah yg kita takkan pernah bahagia lg macam dulu. Trust it. Kita akan selalu saling bertengkar , salah faham , saling menuduh dan macam-macam lagi. Tak perlulah kau putuskan hubungan kau dengan athirah yang kononnya hubungan fake tu,sebab aku nak kau bahagia dan aku yakin dia orang yang tepat. Aku minta maaf,bukan niat aku untuk mempermainkan hati perasan kau. Aku cari kau,minta maaf dengan kau semua atas niat aku untuk berkawan dengan semua orang. Ajal maut bila-bila masa je boleh jadi kan? Aku taknak aku terlewat minta maaf dengan semua orang,dan aku taknak bermusuh dengan semua orang. Aku taktahu apa aku rasa, mungkin aku dlam kekeliruan tapi aku nak kau tahu aku masih sayangkan kau. Jangan keliru fad,kalau kata hati kau mengatakan dia pilihan hati kau yang sebenar-benarnya,hargai dia,jaga dia elok-elok. Mmg,kita saling sayang,saling rindu,tapi itu kerana ini perpisahan kita yang sebenar-benarnya. Kita tak pernah berpisah macam ni kan? Mungkin,Allah da takdirkan mmg sampai sini je hubungan kita. Kita kena pasrah :) Aku yakin,aku juga akan bahagia satu hari nanti,InsyaAllah. Aku bukannya tak percaya yang kau da berharap kat aku balik,tapi aku langsung tak minat untuk percaya. Maafkan aku kerana terlalu jujur tapi itulah kenyataannya. Kau tweet dengan macam-macam jenis perempuan,bagi no phone dekat orang yang kau baru kenal,dan kau masih berkawan dgn kawan baik kau yang banyak menyesatkan kau,macam tu ke kau berharap kat aku? Hidup kau penuh dengan kegembiraan di dunia. Penuh dengan ke-ter-desak-kan mencari peganti aku. Aku jujur,hati aku belum dimiliki sesiapa. Tapi,aku taktahu kenapa aku takbole nak terima kau senang-senang macam dulu. Mungkin sebab kau hak orang,mungkin sebab kau memang ditakdirkan bukan untuk aku,dan mungkin hati aku dah tertutup rapat untuk menerima mana-mana orang termasuk kau. Ya Allah,aku rasa semuanya perit sangat-sangat bagi aku,tp aku rasa aku dah boleh terima semuanya. Sedikit sebanyak,airmata aku akan menitis kalau teringatkan kau dan kenangan kita. Sedikit sebanyak,hati aku pilu bila teringatkan kesakitan yang kau berikan tapi aku tak salahkan kau sebab aku tahu,aku pun pernah berbuat salah dalam hubungan kita. Berat bagi aku untuk melepaskan semuanya. Semuanya terlalu pantas berlalu,tapi ingat,semuanya berlaku mesti ada hikmah :) Aku kuat,kau kuat,kita kuat :) Kalau kawan-kawan takde di samping kita,Allah ada :) Kalau kita taktahu nak luahkan perasaan kat sape , Allah ada :) Aku tahu kau marah kan aku,aku minta maaf. Kau boleh cari aku bila-bila masa je kalau kau nak anggap aku kawan kau :) InsyaAllah,jika kita sudah ditakdirkan untuk bersama,kita pasti di temukan sekali lagi untuk menjalin kan hubungan sebagai suami isteri kann? Hmm mungkin kau salah faham satu part. Masa aku tinggalkan kau,memang kebetulan aku tengah tenangkan diri dgn kawan aku. Memang kebetulan aku kenal dgn seorang hamba Allah tu,tapi aku tinggalkan kau bukan sebab dia. Jangan anggap dia bukan-bukan,jangan salah faham pasal dia. Memang sekarang,aku da tak berkawan dengan dia sebab mungkin dia da terlalu bencikan aku,tapi kau kena ingat satu,jangan fitnah orang sesuka hati. Aku redha if aku harus jalani hidup aku sengsorang,tapi jangan kau menaburkan fitnah kat orang sesukahati. Maafkan aku,maafkan dia,maafkan semua orang. Tuhan akan sentiasa menghukum hambaNya yang melakukan perkara yang tidak boleh diterimaNya. Kita manusia,kita tak layak nak menghukum,menilai,apa lagi memfitnah. Sekali lagi,maafkan aku. Aku nak tengok kau gembira walaupun itu akan membuat aku mengalirkan airmata. Percayalah aku turut gembira di dalam tangisan tersebut :')
* THE END * THANK YOU FOR READING *