Sejuta rasa :)
Monday, 9 July 2012 | 01:41 | 0 comments
Assalamualaikum .
Damn , aku takbole tipu diri sendiri . Yes , setiap post aku mesti cakap pasal my "ex" walhal dia sikit pun tak kesahkan aku . Jangan tanya lah kenapa aku terus nak post pasal dia , cakap pasal dia , menangis sebab dia or ape-ape . Allah tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi , dan orang lain hanya mendengar dari mulut aku , tidak dari hati aku . Hanya aku yang merasa keperitan dan kemanisan dalam hubungan kami . Rasanya seperti secepis perasaan pun dah tak wujud dalam hati aku ni untuk dia , tapi entah kenapa tiap kali ternampak or terdengar cerita pasal dia , hati aku seolah-olah luluh dan pilu serta-merta . Ya Allah apa yang sebenar-benarnya aku rasa ? Kenapa aku perlu rasa sakit , sedih , rindu tiap kali terdengar nama dia ? Sepanjang hari ni , bangun tidur , aku cuba untuk tengok apa yang dia buat walaupun aku da lambat untuk ke sekolah . Masa mandi , aku bawak hp aku , aku tengok semua . Tuptup , aku sampai sekolah almost pukul 7 ! Oh godd , aku tak pernah lambat sampai macam tu sekali ok ! Semua gara-gara aku terdiam dan terkejut tengok semua apa yang aku baca tadi subuh kann . Sampai je tapak perhimpunan , aku salam kawan-kawan aku and geng MPPU , salah seorang dari dorang tanya kenapa muka aku pucat lesi . Aku tergamam kejap and kemudian aku cakap " ohh aku lupa nak sarapan " . Sepanjang pelajaran dalam kelas , aku tak bole focus , aku asyik terbayang-bayang setiap kata-katanya , aku teringat kenangan lalu . Sakit rasanya hati , sebak rasanya dada , pilu rasa nya macam nak meraung , macam nak menangis , tapi aku tahu aku tak perlu buat macam tu lagi sebab aku seorang wanita yang kuat , yang tabah , kann ? Aku tak perlu buang-bunag waktu untuk mengingati segalanya right ? Kalau dia betul ikhlas berkawan dengan aku , sayang kan aku sebagai kawan , dia takkan sakitkan hati aku , dia takkan mainkan perasaan aku sebagai kawan dia , dia takkan suka hati datang dan pergi dari hidup aku , kann kann ? Sumpah , semua ini buat hati aku luluh . Segala-galanya mempengaruhi hidup aku ! Kehilangan aku dalam hidup dia sikit pun tak memberi kesan , malah bertambah bahagia . Tapi aku rasa , hidup aku makin tak tenang . Bukan sebab aku kehilangan dia , tapi mungkin sebab aku rasa semua orang yang dekat dengan aku akan pergi jauh dari aku , semuanya akan berlaku sekelip mata . Percaya tak ? Trust it :) Aku tak layak nak berkawan , bergaul apatah lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa , aku begitu jahat jijik dan hina . Aku selalu menyakitkan hati orang . Aku tak reti hargai perasaan orang . Aku tahu , Allah sedang menguji aku , tapi aku taktahu selama mana aku mampu tetap tersenyum menjalani semua ini . Kesakitan hari ini adalah kesakitan yang paling besar dalam hidup aku . Kehilangan orang-orang yang aku sayangi seorang demi seorang dalam hidup aku dapat aku rasai sekarang . Setiap saat , aku cuma buat-buat busy untuk aku tak fikir pasal semua ni , hakikatnya , aku tak mampu untuk lari dari semua ni . Kadang-kadang , aku termenung seorang diri . Kenapa aku rasa aku da hilang semuanya ? Aku rasa aku hidup sorang dalam dunia ni . Aku rasa aku da terlalu sakit dan aku takut untuk teruskan semua ini . Aku takut , aku akan melukakan hati dan perasaan aku sendiri . Tolong , beri aku petunjuk . Beri aku semangat . Aku jatuh , jatuh berkali-kali dan aku tak mampu nak teruskan perjalanan aku jika aku akan terus di uji macam ni . Sumpah , aku lelah . Boleh , orang boleh cakap aku berpura-pura , orang boleh cakap aku penipu atau apa pun , tapi tolong , jangan hukum aku . Jangan anggap aku macam orang asing , anggap aku macam manusia biasa yang perlukan kawan baru dalam hidupnya yang baru . Jangan beri aku harapan palsu , jangan main kan perasaan aku . Itu amat menyakitkan . Itu amat menyedihkan . Selama kita bersama , aku rasa aku abnyak berkorban . Aku rasa aku banayk bersabar . Maafkan aku jika semuanya salah . Mungkin , kau lebih sakit dari aku . Kau lagi derita dari aku . Aku minta maaf . Sesungguhnya Allah yang tahu dan dapat menilai . Hubungan kita terlalu banyak rintangan kan ? Aku teringin sangat nak tahu , selama kau da ada bintang kau , kau ingat tak macam mana jalan perkenalan kita ? Macam mana aku lalui rintangan tu semua ? Macam mana hubungan kita berada di antara "di restukan" dan "tidak di restukan" . Kau ingat ? Sumpah aku lemah ingat tu semua . Rasanya macam lebam-lebam lagi badan aku terasa di pukul seolah-olah macam aku di waktu itu bila aku ingat semuanya . Oh maaf aku lupa , kau tak kan ingat sebab kau takde rasa semua tu . Sejujurnya , mungkin aku keliru dengan perasaan aku sekarang . Tapi yang pastinya , hati aku pedih tengok kau mainkan perasaan perempuan . Termasuk aku . Aku tahu aku tak layak nak kawan dengan ustaz muda macam kau , tapi tu tak bermakna kau boleh mengayat perempuan sini sana sesuka hati kau . Seriouslah menjalani sesebuah hubungan . Bina dia , jangan musnahkan dia ! Aku tahu kau bukan buat fake relay dgn dia , tapi kau saje nak pancing aku . Kau saje nak kena kan aku , game aku . Saje nak mainkan perasaan aku . Aku tahu :) Aku maafkan kau babe :) Minta maaf kat Allah kalau kau sedar apa yang kau buat kat aku ni salah , sebab aku da terlebih dahulu maafkan kau :) Aku harap , satu hari nanti aku takkan terlambat untuk di beri peluang berkawan dengan kau , dan semua orang , insyaAllah . Doakan yang terbaik untuk aku , hidup aku , dan semestinya aku akan doakan yang baik-baik juga untuk kau . Semoga kau sentiasa bahagai bersamping sang bintang yang datang menyinari hidup kau segenap tatkala aku hilang . Mungkin , dia sudah di takdirkan untuk kau . Dan aku , hanya dapat melihat bintang itu dari bawah . Tak seperti kau yang mampu memiliki bintang tersebut , Alahamdulillah . Suatu hari nanti , di saat aku pergi , lihat lah bintang yang paling cerah di langit itu lalu berdoalah semoga aku akan sentiasa dirahmati , dan saat itu percayalah bahawa aku akan sentiasa menemani mu walaupun hanya di waktu malam . Jangan lupa , sentiasa senyum apabila mengatakan perasaan mu pada ku . InsyaAllah , aku akan sentiasa bersinar menyinari dan menemani malam mu :)*throwawaymytears AND pleasesmiletome*
* THE END * THANK YOU FOR READING *





