The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Dugaan :')
Sunday, 26 August 2012 | 07:24 | 0 comments
Assalamualaikum .

Hi semua . Lambai-lambai semua orang fake yang tengah baca blog ni . Sebenarnya mmg malas nak terjebak lagi dengan blog ni . Rasa macam takguna langsung walaupun hakikatnya blog  ni dapat lah sedikit sebanyak mengurangkan rasa yang terbuku dalam hati ni . Aku kurang faham dengan sesetangah orang zaman sekarang , kenapa dorang perlu jaga tepi kain aku and sebok hal aku sedangkan aku sikit pun tak kacau hidup dorang ? Aku manusia biasa , kalau ye pun aku pernah ganggu hidup dorang kenapa tak dorang just face to face dengan aku atau tonjolkan je kewujudan dorang ? Dapat duit ke dorang ajdi orang perantaraan menyampaikan maklumat apa yg aku buat kat twitter , facebook semua ? Perlu ke dorang buat macam tu ? Seriously , aku tak selesa hidup macam ni ! Apa aku buat , apa aku cakap tu semua , dia tahu ke pasal siapa sebab apa kenapa mengapa bila semua ? Lepas tu nak sampai-sampaikan pulak . Susah lah hidup aku macam ni ! Nak cakap apa semua susah ! Nak luahkan apa semua susah ! Apa tah salah aku kat dorang ni . Ergh , pengecut ! Aku malas nak panjangkan cerita pasal budak muka jantan and geng anak gajah , kalau aku ni jahat lah kan , aku da cakap apa yang aku tahu pasal akak budak tu semua . Aku malas nak rosakkan hidup orang . And kalau kau rasa kau betul dan tak salah , buat apa kau minta maaf kat aku ? Bermakna ke maaf kau tu ? Maaf kau tu lagi jijik dari najis khinzir bagi aku . Tapi sebagai manusia yang tak lari daripada kesilapan , aku ikhlas terima maaf kau . Malah , aku terima maaf tu sebelum kau ungkapkan maaf tu terlebih dahulu . Kau tak salah dengan aku , kau tak berdosa dengan aku , tapi dengan Tuhan . Maaf sebut "Tuhan" . Aku lupa kau cakap aku tak patut and aku ni terlalu hina untuk sebut "Allah" dan sebagainya tapi maaf sekali lagi jika teguran aku akan membuat kau terguris , KAU BUKAN TUHAN UNTUK MENILAI HAMBA-NYA . Ya , mungkin aku jahil , aku naif , tapi sekurang-kurangnya aku tidak menyekutukan tuhan aku ! Jangan ikutkan hati bila berkata , tapi sebaik-baiknya gunakan minda yang dikurniakanNya sebelum berkata-kata takut-takut orang lain terguris hati dan tidak memaafkan kita hingga ke hari akhirat . Teruk padahnya . Kat dunia sekarang kita tak nampak apa-apa , memang kita tak kan takut  . InsyaAllah , dia akan berikan kita jalan yang sebaik-baiknya untuk semua hambaNya , bergantung kepada manusia itu sendiri dengan cara bagaimana dia memilih jalan hidupnya . Rasa hambar apa yang aku cakap semua ni , rasa terkilan , sebak dan sebagainya tapi Alhamdulillah , aku masih di beri kesempatan untuk bangkit dari kelemahan . Even aku jatuh , aku lemah , aku tak terdaya menghadapi ujianNya , aku masih hidup untuk terus berjuang sehabis mungkin untuk memastikan hidup aku takkan jatuh lagi seperti kelmarin , InsyaAllah ! 

* THE END * THANK YOU FOR READING *

Older Post | Newer Post