The Awesome Of Me
AboutLinks & CredsStuffEntries

Terbang tinggi :)
Friday, 3 August 2012 | 05:36 | 0 comments
Assalamualaikum .

Tiada kata-kata pembuka bicara yang dapat ku ungkap tatkala hati di dalam kesangsian . Hanya salam sebagai saudara islam menjadi kata pembuka bicara secara ringkas . Di sudut hati kecil seorang manusia lemah yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan , tidak lagi aku akan mengulangi kesalahan aku untuk meluahkan semua perasaan aku di blog hambar ini . Semuanya hanyalah sekadar kata-kata yang indah sahaja bagi si dia , semuanya ibarat tiada makna , dan semuanya hanyalah merupakan helah aku untuk mendapatkan simpati baginya . Tetapi , Allah lagi mengetahui segalanya . Setelah hampir seminggu juga tidak berblog , hari ini aku dengan penuh yakin menyatakan , aku akan bangkit dari kejatuhan aku . Semoga ianya akan terus menjadi kekuatan untuk aku meneruskan hidup . Walaupun kerinduaan di dalam hati ini mampu membuat aku kembali melakukan kesilapan yang sama berulang kali , namun aku yakin bahawa aku tidak akan mungkin menjadi permata yang indah dimata dia walaupun aku hadir sesempurna yang mungkin seperti yang dia kehendakkan . Kejahatan aku menutup rapat ruang hatinya untuk aku . Mata nya , hatinya buta hanya kerana cinta yang belum tentu lagi ditakdirkan untuknya atau bukan . Kali ini , airmata sudah menjadi kering , hati sudah berbelah bahagi , walaupun sepenuhnya hati ini masih dimilikinya , entah kenapa , akal fikiran aku memberontak menyuruh aku sedar akan kesilapan yang pernah aku lakukan . Cukup aku dipergunakan berulang kali , aku sudah tidak rela menjadi boneka . Boneka yang dianggap sebagai alat permainan yang hanya diperlukan tatkala kebosanan dan kesunyiaan dan dibuang tatkala kesenangan dan kelapangan bersama teman-teman yang lain . Demi nama Allah , sukar untuk aku melupakan segalanya . Rasa seperti mahu sekali lagi merayu untuk memberi aku peluang untuk meraih hatinya , tapi apakan daya , aku tahu aku takkan mampu untuk memenangi hatinya yang sudah dimiliki orang lain terlebih dahulu . Jika aku jodohnya , insyaAllah semuanya akan berlaku sekali lagi . Aku mahukan cahaya mata yang akan sentiasa menyinari kehidupan kami , subhanAllah . Stop here . Maaf ku pinta untuk kehadiranku tanpa undangan di dalam hidup mu berulang kali . Semoga dengan kepergiaan ku ke alam atau dimensi yang lain mampu membuat kau lebih bahagia tanpa bayang-bayang aku yang hina lagi jijik ini . Demi Allah , aku sayang dan rindukan kau . Semoga kau lah jodoh aku yang sudah tertulis di Luh mahfuz itu , semoga itu nama kau . Ya , semoga itu nama kau . InsyaAllah , aku akan sedia dan tetap setia menantikan saat indah itu . Maaf :'(

* THE END * THANK YOU FOR READING *

Older Post | Newer Post