Mayat hidup :)
Thursday, 9 May 2013 | 01:20 | 0 comments
Assalamualaikum semua. Lama sangat aku tak update blog. Apa khabar semua? Aku harap korang sentiasa sihat k,insyaAllah. Harini 9 mei 2013 tepat pukul 3.11 petang,aku tergerak hati untuk update tetang beberapa cerita ringkas untuk dikongsikan bersama. Da masuk 9 hari aku dekat kolej ini. Bernaung dibawah dana pendidikan abah. Amat letih berada di sini. Jadualnya jauh lebih padat daripada berada si sekolah,ataupun tepat kerja. Mungkin mereka mahu kami merasa situasi seakan-akan melanjutkan pelajaran kami. Mungkin :) Berada jauh daripada keluarga merupakan cabaran yang agak rumit bagi aku,apalagi dengan mak aku. Sangat merinduinya. Harap mak sihat selalu :) Harini,aku rasa sedih bila mengingat kembali siapa aku hari ini. Masa terlalu cepat berlalu,dan aku rasa kosong dengan diri aku yang serba kekurangan ini. Sekeliling aku merupakan kawan baru dari serata pelusuk dunia. Ya,sangat gembira bersama mereka. Tapi dalam masa yang sama,aku lemas dengan sekeliling aku yang masing-masing dalam ujian percintaan. Samada suka,atau duka. Aku cuba berfikir apa yang mereka tangisi apabila mereka ditinggalkan. Aku cuba berfikir apa yang mereka ketawakan apabila mereka gembira dengan pasangan mereka. Tapi saban hari,aku makin pedih mengenangkan masa lampau aku yang penuh onak dan duri. Dari situ aku mula berfikir untuk apa aku hairan sedangkan semua yang mereka lalui,aku pernah lalui. Tapi apa yang aku pernah lalui,mereka mungkin tidak pernah lalui. Ya Allah,bertapa lemahnya aku bila aku sudah nekad dengan diri sendiri untuk melupakan semuanya tetapi aku masih lagi mengenangnya kembali. Airmata ni tidak pernah berhenti menitis di dalam hati. Kasih sayang aku takkan pernah terpadam mcm tu shj. Takkan pernah. Mungkin aku terlalu merindui seseorang. Tapi aku mohon,jauhkanlah perasaan itu dr aku supaya aku tidak disakiti lagi ya Allah. Seandainya aku lah yang berdosa dalam hubungan kami dahulu,sedarkanlah aku bahawa aku tidak akan pernah memiliki dirinya lagi. Tapi jika dia lah yang bersalah dalam hubungan kami dahulu,sedarkanlah akan dia bahawa aku sudah memaafkan kesalahannya dan sedia menerima kehadirannya kembali,SUATU HARI NANTI. Walau amat mustahil untuk sjarah lama berulang kembali,aku masih tidak mampu membohong diri sendiri bahwa hati yang pedih ini adalah sepenuhnya hak dia. Tenangkanlah hati ini ya Allah. Bahagiakanlah dia walau sekali pun bukan dengan aku. Ingatkanlah bahawa kami mempunyai 1 janji yang tidak akan pernah terlerai. Janji sampai ke mati. Ingatkan dia ya Allah. Ingatkan dia. Dua tiga harini aku tak sihat sgt,bukan demam or what. Tp everytime aku balik class utk rehat,bila aku baring je degupan jantung aku laju sangat-sangat. Bukan sekali dua,berulang kali. Sampai setiap kali aku nak tidur,aku aka tidur meniarap. Aku tahu tak elok tidur macam tu,tapi tu je cara untuk buat aku kurangkan sedikit sebanyak sakit tu. Aku takkan gtw mak sebab aku takut dia risau atau marah. Yela,last check up aku kat hospital pontian aku tak pergi sebab mak cakap takya kan. Kalau aku cakap teruk,mesti mak sebersalah or fikir aku duk menahan makan kat sini. Hmm sedihnya,bergenang airmata aku duk cakap pasal ni. Aku rasa no one sayangkan aku now selain family aku. Tapi takpe,aku tahu Allah ada :) Ok next,after first class,kiteorg call pakcik hadi untuk hantar kiteorg ke klinik yg berdekatan. Aku pergi berlima dengan syama eyqa fyna and aien. Masing-masing menghidap sakit yang berlainan. Kiteorg dihantar naik van alpha dan terus daftar diri. As usual,masuk bilik doktor aku cerita apa yang jadi. Mula-mula doktor tu mcm amil remeh je. Dia pun macam doktor muda lagi je aku tengok. Aku tunjuk kad appoiment aku kat hospital pontian. Terus dia check jantung aku and suruh aku ambil darah and tunggu result dekat lab. After a few hours,aku dapat result tu. Aku hantar dekat doktor and doktor sangat terkejut tengok result tu. Dia suruh aku ambil darah sekali lagi supaya dia dapat kesan apa penyakit sebenar aku. Tapi aku taknak sebab aku rasa da tak larat da,masa ambil darah mula-mula tu je darah aku naik sampai ke kepala. So doktor faham dengan situasi aku and dia just bagi tarikh untuk appoiment and suruh aku amik kad dr hospital pontian then dia boleh rujuk kad tu and teruskan pemeriksaan kesihatan aku dekat sini. Hm by the way,aien pun ada amik darah and aku sempat bezakan result dia dengan result aku. Dia demam,aku lansung tak demam cuma degupan jantung je. Darah merah dan putih aku sikit. Mungkin normal bg darah putih. Tapi darah merah? Da hampir sama dengan darah putih. Korang boleh tengok dan bezakan. And just fikir,kalau satg darah merah aku terus berkurangan,darah putih akan lebih dari darah merah and then jadi lah 1 penyakit yang aku rasa korang da boleh agak :) Sel darah putih lebih banyak dari darah merah. Aku pun risau. Tapi,kalau itu pengakhiran hidup aku,aku terima dan aku pasrah. Semoga segalanya berjalan lancar dan teruskan mendoakan kesejahteraan aku. Aku suka ambil gambar,gambar ceria yang acah-acah comel. Untuk apa? Untuk biarkan diri aku senyum bila tengok gambar tu balik walaupun hati aku tak segembira apa yang tersurat dalam gambar tu :) Kadang-kadang aku selalu jadi orang paling ceria untuk tengok orang lain ketawa,sebab bila tengok orang ketawa walaupun tapa sebab mesti aku pun ketawa. Tapi disebalik keriangan itu,siapa tahu tersembunyi sesuatu yang penuh rahsia. Inilah rahsia Allah. Ini lah kuasa Allah. InsyaAllah ya Allah,aku akan hidup bertahan :)
See,atas itu result lab aien. And bawah result lab aku. Bole tengok nama and masa yang berbeza kat situ kan ;) Ya Allah,sedih sgt kalau tgk balik. Banyak yg negatif negatif kan? Hmm its okay. Aku just harap korg boleh doakan kesihatan aku dan kebahagiaan aku samada di dunia mahupun akhirat. Korang take and jaga diri k. Nanti insyaAllah panjang umur,aku akan update lagi kalau free ;) Harini free sbb dpt MC :) Jaga diri semua :) Assalamualaikum.






